Sunday, 17 June 2012

KASIHKU TERINDAH


prolog
     ‘Hai……,’tegurku.
Dalam senyuman dia membalas teguranku,terkejut barangkali kerana tetiba sahaja ku menegurnya setelah sekian lama sering bertemu tapi masing2 mendiamkn diri..
‘Tingkat 5 kan?’ku memulakan bicara ketika lif sedang bergerak..
‘Aah..tingkat 5..sama ke??’dia pula kembali menyoal kepadaku..
‘Kitakn jiran,mungkin awak tak perasan kot..jadual kita kan lain2.., Oh,ya..awak baru habis praktikal sem 4 kn?kat mana ye awak praktikal??’balasku sambil tersenyum malu akibat kelancangan mulutku bersuara.
‘humm..saya baru je habis untuk sem 4..praktikal di Kelantan..kampung sendiri,senangkn..hehe’balasnya dgn senyuman..’awak ni tau je ye saya praktikal…’
‘Hehehe..kan kt kolej ni sem 4 dan sem 5 student Mlt praktikal,so sy tau la..kampung awak kt mana?’
‘Kat Pasir Putih je..senangkn dekat,hari2 boleh duduk dengan family…’
‘Oooo…kat Tengku Anis ke?mesti awak kenalkn fatin??emmm,fatin dziauddin..dia tu ex classmate saya masa study kat KIST..’
‘Fatin????oooo..ye2..kenal..saya praktikal kat KB..hospital Perdana.awak kawan dia..dia ada juga cakap ada kwn dia pindah kolej ni..kirim salam ye nnt kat dia’
'InsyaAllah...'

TINGGG!!!
Kami keluar dari lif menuju ke rumah..
‘Ok la wak..sini je rumah sy..rumah awak mana?’tanya ku..
‘Rumah saya kat depan tu jee...,ok..hati2 ye masuk rumah tu..’jawabnya dengan wajah ceria..
‘ok..assalammualaikum..’jawabku sblm masuk kerumah tanpa menunggu jawapan darinya..
‘Sape tu Kak hana??jiran kita ea..yang selalu kak hana usher tu??housemate aaron?’tanya Yana
‘Aah..housemate Aaron la tu..dia tu kawan kepada akwan sy masa kt Kelantan dulu..dengarkn tadi sy borak dengan dia..’jawabku..
‘Owhhh…..’

Dalam hatiku terasa malu juga kerana menegur lelaki dan itu adalah sesuatu yang sukar sekali untukku lakukan jika tidak terdesak..lancangnya lah mulutku ini menegur tetapi rasa gembira kerana dapat juga ku menegur seseorang yang telah lama ingin kutegur…Alahaiii..senyum panjang la..padahal nama dia pun aku tak tau..hahaha..apalah cik Hana ni..mereng sudahh!!!

Friday, 15 June 2012

sinopsis kasihku terindah


Bermula hanya memandang dari kejauhan sehingga terbitnya sebuah perasaan yang dipendam sekian lama.Seawal semester pertama lagi sudah tersimpan rasa aneh dihati namun terpendam dilubuk hati si gadis kerana si teruna sudah berpunya.
‘Awak..ok x ni?macam ada masalah je..cerita la kat sy,mana tau boleh kurangkan rasa beban hati…ana jangan la macam ni,dia tu bukannya ikhlas pun kalau buat awak mcm tu,nak main2kan awak je..tapi pelik la,macam mana la awak boleh suka pada org yang awak x pnh jumpa lgsg??pelik la kamu ni..hum..’
‘Ana ni sombong la..budak sombong,hahaha..’
‘Saya cintakan awk ana..,tiada org lain dah dalam hati sy..walau sy cakap sy masih sygkan dia tapi dia dah jadi sejarah sy je.Ana je yg ada dlam hati sy skrg.Biarlah dia dtg merayu nak kembali pada sy,hati sy dah jadi milik awak..Awak dh buat sy bahagia dan gembira malah sy dh jadi semakin matang bila dengan awak…jangan lah merajuk lagi ye sayang..smile..’ –NAZMI-
‘Mie,awak tau kn apa yang sy dh rasa sebelum ni?sy  takut utk kecewa lagi..sakitnya kecewa bila dikhianati dan ditikam..awk pun janganlah pendam apa yang ada dlam hati awak ..jika dia ikhlas dgn awak,dia xkn sakitkan awak,tapi kalau awak sygkan dia sgt2,bersabarlah.walaubagaimanapun,pandangan seorang ibu adalah pandangan yang terbaik dan pasti ada sebabnya kenapa semua ni terjadi.be a professional dengan perasaan,kalau x awak sendiri yang akn kecundang..’
‘Sayang,tiada yang lain lagi dalam hati ana..syg dah lenyapkn syafiq dari mata ana dengan cinta  syg yang ana xkn jumpa pada org lain.kekurangan yang awak sering katakana tu dah mengikat hati ana pada awak.sekali terlafaz sayang,selamanya ana akan syg walau telah terpisah dlam apa jua cara.awak jgn risau je,ana ok je kalau awak nk mesej dia tapi ana nak restu family awak dulu tau..’-HANA-
‘Kak Hana..abg pa tu..kesian dia makan sorang2,g la temankan..’ –SUHAILI,SYAZANA-
‘Abang pa tu skema la..mcm ustaz…sesuai la ngan Kak Hana..skema!!.’ –IKEEN-
‘Untung la…cik abang dia dekat..hihihi…’ – ZIRA-
‘Kak Hana keluar dengan abg Pa ke?? – YANA-
Dapatkah selamanya si uda dan dara ini bersama selamanya..cinta yang berlandaskan agama malah sentiasa saling hormat-menghormati,mengutamakan agama dalam segala hal…
Sesungguhnya CINTA itu indah jika mendapat restu..

nntkn bab pertama kasihku terindah

Wednesday, 4 April 2012

5 SYARAT MANUSIA DIBENARKAN MEMBUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.


Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”


“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”


“Baiklah, apa syarat yang kelima?”


Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Saturday, 28 January 2012

21 KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.


1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

Friday, 27 January 2012

Temukan aku dalam istikharahmu


Dalam kehidupan di dunia, kita sering dihadapkan oleh beragam pilihan dalam bentuk keputusan. Apakah dalam masalah jodoh, pekerjaan, pendidikan, urusan rumah tangga dan hampir segala aspek kehidupan.
Dan yang perlu diketahui bahwa yang namanya pilihan bukan hanya melulu kita memilih satu diantara dua, tiga dan seterusnya. Misalnya memilih A atau B. Tapi bisa juga memilih itu hanya A saja. Tapi tetap saja itu pilihan kerana memilih A, ya atau tidak.
Dalam hal pilih-memilih pastilah kita menginginkan pilihan yang terbaik. Jangan sampai kita salah memilih karena akan berdampak atau beresiko dikemudian hari. Kalau ternyata pilihan yang kita ambil adalah pilihan yang tepat beruntunglah kita.
Tapi bagaimana kalau pilihan yang kita ambil salah? Yang perlu diperhatikan pilihan itu sebaiknya juga terbaik menurut Allah. Kerana kadang kita sebagai manusia sering hanya ingin memilih yang kita anggap enak, indah dan mudah untuk dijalani. Padahal belum tentu yang indah dan mudah itu adalah yang terbaik menurut kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( QS Al Baqarah : 216)
Rasulullah menganjurkan kita untuk sholat Istikharah. Menurut artikel yang pernah saya baca kata Istikharah berasal atau berakar dari kata ” khiyarah” ( Pilihan ).
Solat Istikharah boleh dikatakan sebagai usaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan cara memohon petunjuk kepada Allah lewat solat. Selain memohon petunjuk yang terbaik kepada Allah, solat istikharah juga dapat digunakan untukmeyakinkan keputusan kita. Ketika kita bimbang atau ragu-ragu dengan pilihan kita solat Istikharah dengan memohon ketetapan hati sangat dianjurkan.
Syarat utama dalam solat istikharah salah satunya adalah harus neutral. Maksud neutral di sini hati kita benar-benar tidak condong kemanapun. Tidak memihak pilihan manapun. Kerana jika beristikharah namun hati kita masih memihak pada salah satu pilihan kita maka hasilnyapun akan semu atau ragu.
Mungkin itu hanya bisikan syaitan atau bahkan karena nafsu kita saja yang hanya menginginkan sesuatu yang kelihatannya baik untuk kita. Selain hati kita harus benar-benar bersih ketika solat istikharah kita haruslah ikhlas.
Mengapa? Kerana mungkin boleh jadi setelah kita solat keputusan atau pilihan dari Allah adalah sesuatu yang mungkin tidak kita harapkan. Untuk itu kita harus ikhlas apapun yang telah menjadi pilihan kita.
Percayalah bahawa Allah menciptakan sesuatu tidak lah untuk sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di dalamnya, jika kita beriman kepada-Nya.
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar).
Hasil dari sholat Istikharah bermacam-macam. Ada beberapa yang mengatakan lewat mimpi, ada juga lewat ketetapan hati dan juga ada yang jalannya atau urusannya dimudahkan oleh Allah. Seperti yang terlantun dalam doa Istikharah yang antara lain :
” Ya Allah, Berikanlah pilihanMu dengan ilmuMu, berikanlah keputusanMu dengan kekuasaanMu, berikanlah nikmat yang agung dariMu. Engkau yang Maha Menguasai sedangkan aku tidak. menguasai apapun, Engkau yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apapun. Ya Rabb jika urusan ini memang yang terbaik untuk hidupku di duniaku maupun diakhiratku maka mudahkan dan dekatkan padaku. Namun jika urusan ini memang buruk untuk hidupku di duniaku dan akhiratku maka jauhkan dariku dan gantilah dengan yang lebih baik. “
Ketika kita bimbang, ragu akan semua masalah yang menghimpit kita. Ambillah air wudhu, dirikan 2 rakaat solat sunnat Istikharah dan serahkan semuanya kepada Allah azza wa jalla yang menguasai hidup kita, yang menggenggam hati kita, satu-satunya tempat bermohon dan sebaik-baiknya tempat berlindung.
Semoga Allah memilihkan yang terbaik dalam hidup kita, di dunia dan akhirat. Kerana pilihan Allah pastilah yang terbaik untuk hambanya. Amin…

Thursday, 26 January 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Anuar Zain (Ketulusan Hati) [ with English Lyrics ]

Wednesday, 25 January 2012

Solat Istikharah, Tata Cara dan Doa

Solat Sunnat Istikharah

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah
Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Saturday, 31 December 2011

2011

Sepanjang tahun ini,terlalu banyak suka dan duka yang telah ku tempuhi..begitu perit untuk ku telan dan ku lupakan..suka duka juga banyak tercipta di tahun ini..
Awal tahun ini ku berada di semester kedua..OMG..sem ni sgt susah coz semua subjek berat dan kena cover yg sem 3 skali..huhuhu.tapi x pe..aku akn berusaha yang terbaik!CHAIYOK2!! ANA..hahaha..result sem 1 da kuar..pointer aku x macam yang aku harapkn tapi ok laa…J
Sem 2 berlansung dengan jayanya…kali ni aku praktikal kt SEGAMAT.huhu..di sini pelbagai tragedy telah terjadi..happy sgt masa praktikal sbb ada CI yg best n sudi ajar aku yg dok blurrrrr je..haha.semua ni sebab ak mcm tersampuk benda yang duduk kt umah tu.sebulan kot aku x dpt tdo malam..bila g kerja je..otak aku terus blurr..hihihi
Di sini juga ku telah berkenalan dengan seorang insan yang amat ku sayang.amat2 ku sayang sehingga ku tidak mampu utk bersendiri,hatiku telah menjadi miliknya..dia sntiasa menghiasi hariku yg sedang berperang dgn ‘benda’ yg mengangguku.senyuman yang telah sekian lama tidak meniti bibirku kian mekar sejak kehadiran dirinya.walau hnya seketika ku mengenali dirinya,ku telah sayang padanya tanpa perlu ku pupuk.malahan dirinya berjaya mencairkan hatiku yang beku setelah bbrpa tahun ku menutup hatiku lantaran kecewa dgn kecundangnya cintaku dahulu.

Ya Allah,sungguh ku bahagia,teramat bahagia..<3

Monday, 19 December 2011

Tumpahnya air mata buat dirinya

Tidak ku tahu mengapa,hatiku terlalu rindu dan sayang pada dirinya..ku tahu tiada maknanya lagi semua itu,membazir sahaja air mataku tumpah hanya kerana seseorang yang tidak halal untukku.tetapi ku puas memujuk hati ini…
Saat dia berkata-kata akan insan yang kini bertakhta dihatinya,hatiku terguris amat sangat..sangat2 terguris..ku tahu diriku tiada maknanya lagi untuk dia.diriku telah melukakan hatinya walau dirinya telah melukakan hatiku lebih dari yang dijangka..
Ku tidak pernah bermain kata dengannya..semuanya ikhlas dari hati..tergamak dia buat ku sakit begini.kau telah bertemu dengan pilihan hati,tetapi tidak bagiku..ku terlalu sayang padamu sehingga ku rasa hatiku telah membeku,beku dari cair untuk insan lain selain dirimu..
Terlalu indah saat bersamamu…tumpah lagi air mataku ini..sebak dan pilu hatiku ini..kasih yang kuberi seakan tiada maknanya..ku tidak berdendam dan mahu bersengketa..tetapi ku mahu kau terus berada disisiku walau ku hanya mampu melihat dari jauh…
Biarpun hatiku kian terluka dan seolah-olah tidak dapat menerima semua ini,ku terima seadanya asalkan ku lihat dirimu gembira.ku yakin Allah ada perancanganNya untukku walau ku tidak bersamamu..
Ku tidak tahu lagi apa yang mampu dilakukan kerana sudah tiada daya untukku menepis..sukar untukku percaya semuanya…biarlah kau memandang serong padaku kerana ku tahu kau juga semakin tidak mengenali diriku yang sebenar sepertiku yang kian tidak mengenali hati budimu lagi…
Ku juga tahu kau sangsi dengan setiap kata-kataku kini…semuanya kau rasakan ku mengata dirimu..tahukah kau betapa sakit hatiku memikirkan semuanya????
Bilakah tumpahnya air mataku ini menjadi halal buat diriku untuk dirimu??walau tidak mampu menjadi nyata,namun ku akan berusaha agar ku tidak lagi mengharapkan sesuatu yang tidak menjadi milikku…
Ku akan beristikharah sehingga ku benar-benar mendapat petunjuk…
Tidak  akan ku sia2kan air mataku ini lagi walau sentiasa ingin mengalir buatmu…biarlah ia mengalir buat Penciptaku Yang Maha Esa…

Friday, 7 October 2011

hatiku milikmu

Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini
Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu
Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya
Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu
Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku
Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu
Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu
Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


hatiku tetap milikmu..
akan ku tunggu sehingga akhir janjiku.
janjimu janjiku,cintaku padamu..
hanya milikmu..
hanya Allah yang tahu...

Adab Pada Hari Jumat Sesuai Sunnah Nabi


Sumber: http://muslim.or.id/akhlaq-dan-nasehat/adab-pada-hari-jumat-sesuai-sunnah-nabi.html

Hari Jumat adalah hari yang mulia, dan kaum muslimin di seluruh penjuru dunia memuliakannya. Keutamaan yang besar tersebut menuntut umat Islam untuk mempelajari petunjuk Rasulullah dan sahabatnya, bagaimana seharusnya msenyambut hari tersebut agar amal kita tidak sia-sia dan mendapatkan pahala dari Allah ta’ala. Berikut ini beberapa adab yang harus diperhatikan bagi setiap muslim yang ingin menghidupkan syariat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada hari Jumat.

1. Memperbanyak Sholawat Nabi


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kalian adalah hari Jumat, maka perbanyaklah sholawat kepadaku di dalamnya, karena sholawat kalian akan ditunjukkan kepadaku, para sahabat berkata: ‘Bagaimana ditunjukkan kepadamu sedangkan engkau telah menjadi tanah?’ Nabi bersabda: ‘Sesungguhnya Allah mengharamkan bumi untuk memakan jasad para Nabi.” (Shohih. HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa’i)

2. Mandi Jumat

Mandi pada hari Jumat wajib hukumnya bagi setiap muslim yang balig berdasarkan hadits Abu Sa’id Al Khudri, di mana Rasulullah bersabda yang artinya, “Mandi pada hari Jumat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh.” (HR. Bukhori dan Muslim). Mandi Jumat ini diwajibkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumat ini seperti halnya mandi janabah biasa. Rasulullah bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi Jumat seperti mandi janabah.”(HR. Bukhari dan Muslim)

3. Menggunakan Minyak Wangi

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi pada hari Jumat dan bersuci semampunya, lalu memakai minyak rambut atau minyak wangi kemudian berangkat ke masjid dan tidak memisahkan antara dua orang, lalu sholat sesuai yang ditentukan baginya dan ketika imam memulai khotbah, ia diam dan mendengarkannya maka akan diampuni dosanya mulai Jumat ini sampai Jumat berikutnya.” (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Bersegera Untuk Berangkat ke Masjid

Anas bin Malik berkata, “Kami berpagi-pagi menuju sholat Jumat dan tidur siang setelah sholat Jumat.”(HR. Bukhari). Al Hafidz Ibnu Hajar berkata, “Makna hadits ini yaitu para sahabat memulai sholat Jumat pada awal waktu sebelum mereka tidur siang, berbeda dengan kebiasaan mereka pada sholat zuhur ketika panas, sesungguhnya para sahabat tidur terlebih dahulu, kemudian sholat ketika matahari telah rendah panasnya.” (Lihat Fathul Bari II/388)

5. Sholat Sunnah Ketika Menunggu Imam atau Khatib

Abu Huroiroh radhiallahu ‘anhu menuturkan bahwa Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallambersabda, “Barang siapa mandi kemudian datang untuk sholat Jumat, lalu ia sholat semampunya dan dia diam mendengarkan khotbah hingga selesai, kemudian sholat bersama imam maka akan diampuni dosanya mulai jum’at ini sampai jum’at berikutnya ditambah tiga hari.” (HR. Muslim)

6. Tidak Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhotbah

“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahwa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat sholat Jumat ketika imam sedang berkhotbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)

7. Sholat Sunnah Setelah Sholat Jumat

Rasulullah bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan sholat Jumat, maka sholatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa karena sesuatu, maka sholatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (HR. Muslim, Tirmidzi)

8. Membaca Surat Al Kahfi

Nabi bersabda yang artinya, “Barang siapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jumat maka Allah akan meneranginya di antara dua Jumat.” (HR. Imam Hakim dalam Mustadrok, dan beliau menshahihkannya)
Demikianlah sekelumit etika yang seharusnya diperhatikan bagi setiap muslim yang hendak menghidupkan ajaran Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika di hari Jumat. Semoga kita menjadi hamba-Nya yang senantiasa di atas sunnah Nabi-Nya dan selalu istiqomah di atas jalan-Nya.
(Disarikan dari majalah Al Furqon edisi 8 tahun II oleh Abu Abdirrohman Bambang Wahono)

Saturday, 20 August 2011

Siapa diriku kini???


Semalaman ku memikirkn semua ini..sukar melelapkn mata sehingga ke pagi.diriku sendiri seolah2 tidak lagi mengenali diriku sendiri..segalanya seakan telah berubah.walau ketika kepalaku sedang sakit dan memerlukan rehat,tetapi ku tidak mampu utk melelapkn mata kerana memikirkn yg satu ini.
Hatiku terus dilanda tanda tanya yg tidak pernah sampai ke penghujung.segala jawpn yg kucari msih tidak jelas kerana seolah-olah tiada kejujuran ketika berbicara.ku tetap menanti jawapn itu sehingga ke penghujung persoalan ini.ku tidak mahu kekusutan ini terus  membelenggu hatiku yg semakin terluka walau kasihku terhadap dirinya terlalu utuh…sukarnya untuk ku meneruskn segalanya kini..
Diriku seperti sudah kehilangan diriku yg dahulu..tetapi diriku akn cuba untuk kembali seperti teguhnya karang di dasar lautan yg tidak akn berubah walau dilanda badai.kini ku mencuba utk kembali menguatkn hatiku yg kian rapuh,serapuh dahan yg halus dan kian reput.entah apakah lg yg mampu utkku lakukan supaya tidak terpengaruh  dgn hasutan syaitan yg sentiasa mahu memalingkan hati hamba Allah yg hina ini dari sentiasa memohon petunjuk dari Allah swt.
Hanya ku sedar,diriku adalah milik Allah,walau apa yg terjadi pasti ada hikmahnya.segala perancangan adalah perancanganNya juga yg terbaik..kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang dan mencipta impian,tetapi jika tidak diizinkn olehNya,semua itu tidak akan terjadi.segalanya Allah yang menentukan.
Kini..ku hanya berserah kepada Allah..hidup matiku hanya untukMu ya Allah…bantulah hambaMu ini mengenal kembali dirinya yg sebenar..kembalikn kekuatan dirinya agar kembali berdiri diatas kakinya sendiri…..peliharalah maruah dan harga dirinya agar tidak terpesong..rahmatilah dirinya sehingga ke akhir hayatnya dan berkatilah jua insan yg dekat dihatinya…


Sejujur mana ikhlasnya hati                                             
ketika lembut senyum diberi
apakah ada tujuan...
sebalik senyuman itu...

Sejujur manakah kata-kata
ketika kita bertentang mata
boleh kah aku percaya
mungkin itu satu sandiwara
kerana sering
pengucapan zahir batin tak seiring
ada rasa ada jiwa
terluka hilang rasa percaya

Pengalaman telah mendewasakan
mematangkan fikiran
pahit getir yang pernah kulalui
guruku sejati

Bukan dirimu ku curigai
aku sekadar berhati-hati...
tidak rela bakal ada yang kecewa...
biar waspada