Sunday 17 June 2012

KASIHKU TERINDAH


prolog
     ‘Hai……,’tegurku.
Dalam senyuman dia membalas teguranku,terkejut barangkali kerana tetiba sahaja ku menegurnya setelah sekian lama sering bertemu tapi masing2 mendiamkn diri..
‘Tingkat 5 kan?’ku memulakan bicara ketika lif sedang bergerak..
‘Aah..tingkat 5..sama ke??’dia pula kembali menyoal kepadaku..
‘Kitakn jiran,mungkin awak tak perasan kot..jadual kita kan lain2.., Oh,ya..awak baru habis praktikal sem 4 kn?kat mana ye awak praktikal??’balasku sambil tersenyum malu akibat kelancangan mulutku bersuara.
‘humm..saya baru je habis untuk sem 4..praktikal di Kelantan..kampung sendiri,senangkn..hehe’balasnya dgn senyuman..’awak ni tau je ye saya praktikal…’
‘Hehehe..kan kt kolej ni sem 4 dan sem 5 student Mlt praktikal,so sy tau la..kampung awak kt mana?’
‘Kat Pasir Putih je..senangkn dekat,hari2 boleh duduk dengan family…’
‘Oooo…kat Tengku Anis ke?mesti awak kenalkn fatin??emmm,fatin dziauddin..dia tu ex classmate saya masa study kat KIST..’
‘Fatin????oooo..ye2..kenal..saya praktikal kat KB..hospital Perdana.awak kawan dia..dia ada juga cakap ada kwn dia pindah kolej ni..kirim salam ye nnt kat dia’
'InsyaAllah...'

TINGGG!!!
Kami keluar dari lif menuju ke rumah..
‘Ok la wak..sini je rumah sy..rumah awak mana?’tanya ku..
‘Rumah saya kat depan tu jee...,ok..hati2 ye masuk rumah tu..’jawabnya dengan wajah ceria..
‘ok..assalammualaikum..’jawabku sblm masuk kerumah tanpa menunggu jawapan darinya..
‘Sape tu Kak hana??jiran kita ea..yang selalu kak hana usher tu??housemate aaron?’tanya Yana
‘Aah..housemate Aaron la tu..dia tu kawan kepada akwan sy masa kt Kelantan dulu..dengarkn tadi sy borak dengan dia..’jawabku..
‘Owhhh…..’

Dalam hatiku terasa malu juga kerana menegur lelaki dan itu adalah sesuatu yang sukar sekali untukku lakukan jika tidak terdesak..lancangnya lah mulutku ini menegur tetapi rasa gembira kerana dapat juga ku menegur seseorang yang telah lama ingin kutegur…Alahaiii..senyum panjang la..padahal nama dia pun aku tak tau..hahaha..apalah cik Hana ni..mereng sudahh!!!

Friday 15 June 2012

sinopsis kasihku terindah


Bermula hanya memandang dari kejauhan sehingga terbitnya sebuah perasaan yang dipendam sekian lama.Seawal semester pertama lagi sudah tersimpan rasa aneh dihati namun terpendam dilubuk hati si gadis kerana si teruna sudah berpunya.
‘Awak..ok x ni?macam ada masalah je..cerita la kat sy,mana tau boleh kurangkan rasa beban hati…ana jangan la macam ni,dia tu bukannya ikhlas pun kalau buat awak mcm tu,nak main2kan awak je..tapi pelik la,macam mana la awak boleh suka pada org yang awak x pnh jumpa lgsg??pelik la kamu ni..hum..’
‘Ana ni sombong la..budak sombong,hahaha..’
‘Saya cintakan awk ana..,tiada org lain dah dalam hati sy..walau sy cakap sy masih sygkan dia tapi dia dah jadi sejarah sy je.Ana je yg ada dlam hati sy skrg.Biarlah dia dtg merayu nak kembali pada sy,hati sy dah jadi milik awak..Awak dh buat sy bahagia dan gembira malah sy dh jadi semakin matang bila dengan awak…jangan lah merajuk lagi ye sayang..smile..’ –NAZMI-
‘Mie,awak tau kn apa yang sy dh rasa sebelum ni?sy  takut utk kecewa lagi..sakitnya kecewa bila dikhianati dan ditikam..awk pun janganlah pendam apa yang ada dlam hati awak ..jika dia ikhlas dgn awak,dia xkn sakitkan awak,tapi kalau awak sygkan dia sgt2,bersabarlah.walaubagaimanapun,pandangan seorang ibu adalah pandangan yang terbaik dan pasti ada sebabnya kenapa semua ni terjadi.be a professional dengan perasaan,kalau x awak sendiri yang akn kecundang..’
‘Sayang,tiada yang lain lagi dalam hati ana..syg dah lenyapkn syafiq dari mata ana dengan cinta  syg yang ana xkn jumpa pada org lain.kekurangan yang awak sering katakana tu dah mengikat hati ana pada awak.sekali terlafaz sayang,selamanya ana akan syg walau telah terpisah dlam apa jua cara.awak jgn risau je,ana ok je kalau awak nk mesej dia tapi ana nak restu family awak dulu tau..’-HANA-
‘Kak Hana..abg pa tu..kesian dia makan sorang2,g la temankan..’ –SUHAILI,SYAZANA-
‘Abang pa tu skema la..mcm ustaz…sesuai la ngan Kak Hana..skema!!.’ –IKEEN-
‘Untung la…cik abang dia dekat..hihihi…’ – ZIRA-
‘Kak Hana keluar dengan abg Pa ke?? – YANA-
Dapatkah selamanya si uda dan dara ini bersama selamanya..cinta yang berlandaskan agama malah sentiasa saling hormat-menghormati,mengutamakan agama dalam segala hal…
Sesungguhnya CINTA itu indah jika mendapat restu..

nntkn bab pertama kasihku terindah

Wednesday 4 April 2012

5 SYARAT MANUSIA DIBENARKAN MEMBUAT MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”


Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”


Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.


Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim.


Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya; Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”


“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”


“Baiklah, apa syarat yang kelima?”


Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.”


Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah.” Katanya sambil teresak-esak.

Saturday 28 January 2012

21 KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT.


1-Kunci solat adalah Taharah/Kebersihan.
2-Kunci Haji adalah Ihram dan menjauhi perkara yang diharamkan semasa haji.
3-Pintu segala kebaikan adalah bersikap benar dalam semua perkara.
4-Kinci Syuga adalah Bertauhid kepada Allah SWT.
5-Kunci Ilmu adalah bertanya kepada guru secara penuh beradab.
6-Kunci kejayaan adalah Kesabaran.
7-Kunci kemanjuan/Kelebihan adalah bersyukur.
8-Kunci Kekuasaan adalah Berkasih-sayang dan ingat mengingati.
9-Kunci Kejayaan adalah Bertaqwa.
10-Kunci Taufiq adalah Berkasih sayang dan mencintai Allah SWT.
11-Kunci segala kemaqbulan adalah berdoa.
12-Kuci kecintaan Akhirat adalah meninggalkan segala perkara haram di dunia.
13-Kunci Keimanan adalah berfikir kepada apa yang mendorong beribadat kepada Allah SWT dan bertadabbur kepadanya.
14-Kunci bertemu dengan Allah SWT adalah Hati sejahtera dari segala dosa, Ikhlas dalam bercinta kepada Allah SWT, Membenci dan meninggalkan segala perkara yang Allah SWT larang dan benci.
15-Kunci menghidupkan hati mencintai Allah SWT adalah Bertadabbur kepada ayat-ayat Al-Quran,menjauhi perkara berkaitan dengan sihir dan meninggalkan segala dosa.
16-Kunci mencapai rahmat adalah mengamalkan konsep Al-Ihsan dalam beribadat kepada Allah SWT dan berusaha berbakti kepada hamba-hamba Allah SWT.
17- Kunci rezeki adalah berusaha dengan penuh Istighfar dan bertaqwa kepada Allah SWT.
18-Kunci kemuliaan adalah Taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
19-Kunci kejayaan di Akhirat adalah pendek angan-angan.

Friday 27 January 2012

Temukan aku dalam istikharahmu


Dalam kehidupan di dunia, kita sering dihadapkan oleh beragam pilihan dalam bentuk keputusan. Apakah dalam masalah jodoh, pekerjaan, pendidikan, urusan rumah tangga dan hampir segala aspek kehidupan.
Dan yang perlu diketahui bahwa yang namanya pilihan bukan hanya melulu kita memilih satu diantara dua, tiga dan seterusnya. Misalnya memilih A atau B. Tapi bisa juga memilih itu hanya A saja. Tapi tetap saja itu pilihan kerana memilih A, ya atau tidak.
Dalam hal pilih-memilih pastilah kita menginginkan pilihan yang terbaik. Jangan sampai kita salah memilih karena akan berdampak atau beresiko dikemudian hari. Kalau ternyata pilihan yang kita ambil adalah pilihan yang tepat beruntunglah kita.
Tapi bagaimana kalau pilihan yang kita ambil salah? Yang perlu diperhatikan pilihan itu sebaiknya juga terbaik menurut Allah. Kerana kadang kita sebagai manusia sering hanya ingin memilih yang kita anggap enak, indah dan mudah untuk dijalani. Padahal belum tentu yang indah dan mudah itu adalah yang terbaik menurut kita.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( QS Al Baqarah : 216)
Rasulullah menganjurkan kita untuk sholat Istikharah. Menurut artikel yang pernah saya baca kata Istikharah berasal atau berakar dari kata ” khiyarah” ( Pilihan ).
Solat Istikharah boleh dikatakan sebagai usaha untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dengan cara memohon petunjuk kepada Allah lewat solat. Selain memohon petunjuk yang terbaik kepada Allah, solat istikharah juga dapat digunakan untukmeyakinkan keputusan kita. Ketika kita bimbang atau ragu-ragu dengan pilihan kita solat Istikharah dengan memohon ketetapan hati sangat dianjurkan.
Syarat utama dalam solat istikharah salah satunya adalah harus neutral. Maksud neutral di sini hati kita benar-benar tidak condong kemanapun. Tidak memihak pilihan manapun. Kerana jika beristikharah namun hati kita masih memihak pada salah satu pilihan kita maka hasilnyapun akan semu atau ragu.
Mungkin itu hanya bisikan syaitan atau bahkan karena nafsu kita saja yang hanya menginginkan sesuatu yang kelihatannya baik untuk kita. Selain hati kita harus benar-benar bersih ketika solat istikharah kita haruslah ikhlas.
Mengapa? Kerana mungkin boleh jadi setelah kita solat keputusan atau pilihan dari Allah adalah sesuatu yang mungkin tidak kita harapkan. Untuk itu kita harus ikhlas apapun yang telah menjadi pilihan kita.
Percayalah bahawa Allah menciptakan sesuatu tidak lah untuk sia-sia belaka. Pasti ada hikmah di dalamnya, jika kita beriman kepada-Nya.
“Salah satu dari kebahagiaan anak Adam adalah menyerahkan pilihannya kepada Tuhan-Nya, dan keridhaannya terhadap ketentuan. Dan salah satu kesengsaraan Bani Adam adalah meninggalkan istikharahnya kepada Allah ta’ala dan membenci setelah adanya ketentuan.” (HR Abu Asy-Syaikh Ibnu Hibban, Al-Ashbahani dan Al-Bazzar).
Hasil dari sholat Istikharah bermacam-macam. Ada beberapa yang mengatakan lewat mimpi, ada juga lewat ketetapan hati dan juga ada yang jalannya atau urusannya dimudahkan oleh Allah. Seperti yang terlantun dalam doa Istikharah yang antara lain :
” Ya Allah, Berikanlah pilihanMu dengan ilmuMu, berikanlah keputusanMu dengan kekuasaanMu, berikanlah nikmat yang agung dariMu. Engkau yang Maha Menguasai sedangkan aku tidak. menguasai apapun, Engkau yang Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui apapun. Ya Rabb jika urusan ini memang yang terbaik untuk hidupku di duniaku maupun diakhiratku maka mudahkan dan dekatkan padaku. Namun jika urusan ini memang buruk untuk hidupku di duniaku dan akhiratku maka jauhkan dariku dan gantilah dengan yang lebih baik. “
Ketika kita bimbang, ragu akan semua masalah yang menghimpit kita. Ambillah air wudhu, dirikan 2 rakaat solat sunnat Istikharah dan serahkan semuanya kepada Allah azza wa jalla yang menguasai hidup kita, yang menggenggam hati kita, satu-satunya tempat bermohon dan sebaik-baiknya tempat berlindung.
Semoga Allah memilihkan yang terbaik dalam hidup kita, di dunia dan akhirat. Kerana pilihan Allah pastilah yang terbaik untuk hambanya. Amin…

Thursday 26 January 2012

KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan
berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat
fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,
insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @
wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air
dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan
dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan
sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana
Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah
memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh
ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya
setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia
berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai
solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.


18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari,
Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-
sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,
termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu
menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan
hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Anuar Zain (Ketulusan Hati) [ with English Lyrics ]