Tidak ku tahu mengapa,hatiku terlalu rindu dan sayang pada dirinya..ku tahu tiada maknanya lagi semua itu,membazir sahaja air mataku tumpah hanya kerana seseorang yang tidak halal untukku.tetapi ku puas memujuk hati ini…
Saat dia berkata-kata akan insan yang kini bertakhta dihatinya,hatiku terguris amat sangat..sangat2 terguris..ku tahu diriku tiada maknanya lagi untuk dia.diriku telah melukakan hatinya walau dirinya telah melukakan hatiku lebih dari yang dijangka..
Ku tidak pernah bermain kata dengannya..semuanya ikhlas dari hati..tergamak dia buat ku sakit begini.kau telah bertemu dengan pilihan hati,tetapi tidak bagiku..ku terlalu sayang padamu sehingga ku rasa hatiku telah membeku,beku dari cair untuk insan lain selain dirimu..
Terlalu indah saat bersamamu…tumpah lagi air mataku ini..sebak dan pilu hatiku ini..kasih yang kuberi seakan tiada maknanya..ku tidak berdendam dan mahu bersengketa..tetapi ku mahu kau terus berada disisiku walau ku hanya mampu melihat dari jauh…
Biarpun hatiku kian terluka dan seolah-olah tidak dapat menerima semua ini,ku terima seadanya asalkan ku lihat dirimu gembira.ku yakin Allah ada perancanganNya untukku walau ku tidak bersamamu..
Ku tidak tahu lagi apa yang mampu dilakukan kerana sudah tiada daya untukku menepis..sukar untukku percaya semuanya…biarlah kau memandang serong padaku kerana ku tahu kau juga semakin tidak mengenali diriku yang sebenar sepertiku yang kian tidak mengenali hati budimu lagi…
Ku juga tahu kau sangsi dengan setiap kata-kataku kini…semuanya kau rasakan ku mengata dirimu..tahukah kau betapa sakit hatiku memikirkan semuanya????
Bilakah tumpahnya air mataku ini menjadi halal buat diriku untuk dirimu??walau tidak mampu menjadi nyata,namun ku akan berusaha agar ku tidak lagi mengharapkan sesuatu yang tidak menjadi milikku…
Ku akan beristikharah sehingga ku benar-benar mendapat petunjuk…
Tidak akan ku sia2kan air mataku ini lagi walau sentiasa ingin mengalir buatmu…biarlah ia mengalir buat Penciptaku Yang Maha Esa…
No comments:
Post a Comment